Saturday, October 17, 2015

Graviti 14

R’AN mencemik geram apabila melihat Azizul, Adid, Akid, Chip, Burn, Ajin dan Jade ketawa.
            “Serius adik ingat budak berempat ini kena culik ker apa” R’an meluahkan rasa geram yang bertandang di hati.
            “Sebenarnya kami pergi ambil Along, Angah dan Alang dari airport lah Yang.” Ajin membalas sambil ketawa.
            “Cuba lah cakap kata nak keluar, susah-susah pun tinggal lah nota” R’an menarik muka.
            “Ala.. mana boleh cakap nanti tak surprise lah” Burn memeluk bahu R’an.
            “Emm.. banyak lah surprise korang, cepat makan” R’an menggeleng kepala, lagi dia cuba marah lagi kuat hero-hero di hadapannya ketawa.
            “Jijo, Adid, Akid.. terima kasih sebab sanggup terbang jauh-jauh” Jade mengucapkan terima kasih pada Azizul, Adid dan Akid yang sedang menyuap nasi lemak dengan penuh selera.
            “Douhhh.. terima kasih pula. Benda berkaitan dengan adik kami kot” Akid menumbuk bahu Jade.
            “Korang.. memang awesome. Terima kasih” Jade menunding jari pada Chip, Ajin dan Burn yang sedang menyuap puding roti ke mulut.
            “Kami memang awesome” Ajin membalas sambil menjungkit kening. Chip dan Burn mengangguk kepala mengiyakan statement angkat bakul Ajin.
            “Yujeen, terima kasih” Jade menghadiahkan senyuman ikhlas kepada gadis yang sedang membantu R’an di sinki.
            “No problem. Benda kecil” Yujeen menjawab sambil menarik senyuman yang menampakkan gigi siungnya. Ajin yang sedang menyuap puding roti tersedak.
            “Makan perlahan-lahan Ajin” Adid berkata sambil menggeleng kepala. R’an menyuakan gelas yang berisi air kepada Ajin.
            “Orang tersedak lah Angah” Ajin menepuk dada, selepas meneguk air dari gelas yang di sua oleh R’an dia menyambung makan puding roti yang berbaki di pinggan.
            “Yujeen tinggal di mana?” Akid bertanya gadis yang sedang berdiri di tepi R’an.
            “Saya tinggal di Emmaus House” Yujeen menjawab sambil mengelap gelas di tangan.
            “Emmaus House yang dekat dengan Gilmore Place tu?” Adid bertanya sambil menarik cawan berisi teh panas. Yujeen mengangguk kepala.
            “Laaa... Jijo kau ingat lagi tak West End Bowling Club” Adid mengalihkan pandangan pada Azizul yang baru menghabiskan suapan terakhir ke mulutnya.
            “Aha.. yang kita selalu hantar Mr.Zouk tu” Azizul mengangguk kepala.
            “Budak ini tinggal dekat-dekat kawasan sana lah” Adid berkata sambil menggeleng kepala.
            “Jauh tu. Kalau ada kereta sendiri dekat lah” Azizul membalas.
            “Kat mana tu Along?” Burn menyampuk.
            “Emmm.. tau mana King’s Theater?” Jade yang sedang menyambut mug yang berisi teh dari R’an bertanya. Burn mengangguk kepala.
            “Dekat-dekat sana” dia menyambung.
            “Ya, dekat-dekat King’s Theater.” Azizul menyampuk.
            “Habis sekarang Yujeen balik dengan siapa?” Akid menyoal sambil menyandarkan badan ke kerusi gara-gara kekenyangan
            “Naik bas ” gadis itu berkata dengan senyuman di bibir. “Lagi pun saya tengah cari rumah atau bilik sewa eerr.. a..abang” dia menambah.
            Akid membuat muka pelik, kemudian dia ketawa perlahan. Rupanya Yujeen dari awal lagi cuba mencari perkataan sesuai untuk memanggil mereka bertiga. “Bukan abang lah Yujeen. Panggil jer Alang macam budak-budak ini panggil.” Akid membetulkan panggilan Yujeen.
            “Ini panggil Along, yang itu Angah” dia menunding jari pada Azizul dan Adid.
            “Oh!! Okey.. Along, Angah, Alang” dia mengangguk kepala. Azizul menunjukkan thumbs up, manakala Adid mengangguk kepala.
            “Ada dua lagi, itu kena panggil Ayong dengan Achik” Akid menambah, Yujeen membuat muka blur.
            “Ada lagi?” dia terkejut.
            “Aha.. ada dua orang lagi. Ayong, Angah, Alang dan Achik kembar empat” Ajin menjawab dengan penuh bangga.
            “Best lah” Yujeen bersuara teruja. Adid dan Akid ketawa.
            “Haa.. balik pada isu cari rumah atau bilik, nanti esok Angah tanyakan dengan Mrs. Wendy di blok sebelah.” Adid berkata sambil menarik tangan R’an. “Tambahkan air Yang. Boleh? ”  R’an mengangguk kepala sambil melangkah mencapai teko di atas kabinet.
            “Tak susahkan Angah ker?” Yujeen menggaru kepala.
            “Tak, after all sekarang Yujeen pun part of the family.” Jade membalas. Azizul, Adid dan Akid mengangguk kepala.
            Yujeen mengangguk kepala, matanya bersinar dan senyuman tersiung di bibirnya. Ajin di meja makan memegang dada “Dem..jantung ini main lagu rock metal pula” dia mengetap bibir.
***********************
R’AN yang sedang berdiri di seberang jalan menutup mulut dengan telapak tangannya, nayawanya bagaikan hendak terputus apabila matanya menangkap kelibatan Jade, Azizul, Adid dan Akid yang sedang memanjat bangunan bagaikan spiderman.
            Bila Jade melompat dari dari satu ketinggian ke tinggian lain R’an terjerit kecil. “Relak Yang, dia orang dah biasa tu” Chip menepuk badan R’an.
            “Sejak bila dia orang jadi belajar Pakour?” R’an bertanya tanpa mengalihkan pandangan matanya.
            “Lama dah, kami bertiga pun boleh Pakour.” R’an trus mengalihkan pandangan pada wajah Chip. Lama dia memandang sebelum mengalihkan pandangan pada kembali pada empat susuk tubuh yang sedang memanjat bangunan di seberang jalan.
            “Sejak bila?” dia menyoal dingin.
            “Lama dah” Chip membalas.
            “Siapa yang ajar?”
            “Along, Angah dan Alang” Ajin menjawab.
            “Emm.. tanpa aku?” dia menjeling tajam budak bertiga yang sedang berdiri di tepinya.
            “Kau perempuan. Kalau apa-apa jadi macam mana?” Burn menyampuk.
            “Aha.. betul lah, kalau apa-apa jadi macam mana?” Chip mengangguk.
            “Habis kalau apa-apa jadi pada korang pula macam mana?” dia bertanya dalam nada geram.
            “Errkk..”
            Yujeen tersenyum, dia berasa kagum melihat Jade, Azizul, Adid dan Akid yang sedang melompat dari satu aras ke satu aras dalam masa yang sama dia tersenyum melihat gelagat R’an, Chip, Ajin dan Burn yang sedang bergaduh manja.
            “Cool” dia berkata perlahan.
            “Ya, sangat cool” Ajin mengiyakan.
            “Ahhh… Along sampai dulu lah” Chip bersorak apabila kelihatan Azizul yang sedang berdiri sambil mengangkat tangan di atas aras bangunan St Peter’s Church iaitu bangunan paling tinggi di Falcon Avenue. Selang beberapa minit kelihat beberapa susuk tubuh muncul di atas bangunan. Dari jauh kelihatan Azizul dan Adid memeluk mereka manakala Jade dan Akid berjebat tangan.
            “Itu siapa?” R’an bertanya sambil mengalihkan pandangan pada Chip.
            “Rasanya kawan Along dengan Angah kot” Chip menjawab.
            “Yang” suara Azizul memanggil R’an yang berdiri di sebelah jalan. Jejaka itu melambaikan tangan memanggil adik-adiknya.
            “Jom” Chip menarik tangan R’an.
            “Jom ikut sekali Yujeen” R’an menarik Yujeen yang sedang berdiri di belakang.
            “Hey dude, meet my sister and brothers” Azizul memperkenalkan R’an pada seorang lelaki tinggi yang sedang berambut merah.
            “Beautiful” dia memuji R’an.
            “She is taken” Adid berkata sambil memeluk bahu R’an.
            “Really?” jejaka rambut merah itu bertanya dengan nada terkejut.
            “Yes and she is mine” Jade menjawab.
            “Gosh.. lucky dude” dia menumbuk bahu Jade.
            “Yang, ini Steven” Azizul memperkenalkan jejaka berambut merah.
            “Ini Max, Alex, Drew” Azizul memperkenalkan mereka yang lain.
            “This is R’an, Chip, Ajin, Burn and Yujeen” Adid memperkenalkan seorang-seorang.
            “Nice to meet you fellas” Steven berkata sambil membuka topi di kepalanya.
            “Dude, wanna stop by at Vennel Steps tomorrow?” Drew bertanya. Azizul di sebelah mengangguk laju.
            “Korang bertiga tag along dengan kami, okey.” Azizul bersuara sambil mengalihkan pandangan pada Chip, Ajin dan Burn.
            “Yang esok lepak dengan Yujeen tau” Adid berkata sambil memeluk bahu R’an.
            R’an tarik nafas sedalam yang mampu, kepalanya di anggukkan. “Sangat tak adil” dia bebel perlahan. Jade yang berdiri di sebelah Akid ketawa perlahan melihat muka kurang puas hati R’an.
            “Kenapa comel sangat adik kau ini Akid?” dia bertanya Akid.
            “Sebab dia adik aku lah dia comel” Akid berkata sambil menjeling, Jade ketawa perlahan.
*********************
“YAN…” Akid menekup mulut Ajin. Ajin meronta sebelum Akid mengeraskan pelukkan di leher Ajin. “Diam!” Akid menghadiahkan Ajin satu pandangan tajam. Ajin mengangguk kepala .
            “Kenapa Alang tekup mulut Ajin?” Ajin mengetap bibir.
            “Sebab Ajin cuba nak kacau daun Jade dan Yang” Akid membalas.
            “Maksud Alang?” Ajin bertanya sambil berjalan seiring dengan Akid.
            “Alang nak bagi si Jade dating dengan Yang” Adid di hadapan menyampuk.
            “Oooo..” Ajin mengangguk kepala.
            “Ini kenapa nak panggil si Yang?” Akid bertanya sambil memeluk bahu Ajin.
            “Tu..” Ajin menjuih bibir pada Yujeen yang sedang berjalan berantaraan Chip dan Burn.
            “Kenapa?” Akid menyoal pelik.
            “Alang tengok lah dah pukul berapa ini? Dah nak masuk pukul satu pagi, macam mana dia nak balik?” Ajin berkata sambil matanya menjeling memandang Yujeen.
            “Ala.. ada cab kan, nanti call lah” Akid membalas.
            Ajin mengalihkan pandangan pada Akid di sebelah “iisshh tak akan nak suruh dia naik cab tengah malam” Ajin menggeleng kepala.
            “Kenapa?” Akid menjungkit kening.
            “Dia perempuan kot macam Yang” Ajin di sebelah menjeling.
            “Oooo.. kalau macam itu suruh dia tidur dengan Yang lah” Akid mencadangkan kepada adiknya.
            “Errk..” Ajin tersentak.
            “Ajin tidur rumah Jade lah kalau macam tu” Ajin mengomel perlahan.
            Akid menyembunyikan senyuman yang mula terukir di wajahnya. “Aiikkk.. kenapa nak tidur rumah Jade pula?” dia bertanya.
            “Saja. Nak main game” Ajin membalas perlahan.
            “Oooo.. main game. Along ingat pasal Ajin nak mengelak dari Yujeen” Azizul yang berjalan di sebelah Adid menyampuk.
            “Apa pula?” Ajin bertanya dengan nada kurang puas hati.
            “Kalau macam tu biar Along test si Yujeen lah. Boleh?” Azizul bertanya sambil menjungkit kening.
            “Mana boleh!” Ajin membalas sepontan.
            “Hahaha!! Wey Akid kau ada bau benda terbakar tak?” Azizul bertanya Akid di belakang.
            “Aha.. ada lah, bau terbakar dari sebelah aku laa” Akid menjawab sambil menghidu Ajin.
            “Eeyy..ntah apa-apa jer” Adid mencemik geram. Azizul, Adid dan Akid terus ketawa melihat riak wajah Ajin.
             “Perlahan-lahan kayuh Ajin” Akid menepuk bahu Ajin.
            “Jangan mengarut laa Alang” Ajin membalas geram. Azizul dan Adid di hadapan makin galak ketawa melihat wajah Ajin yang mula bertukar warna.
            Jade yang sedang berjalan dengan R’an mengerut dahi. “ Apa yang dia orang ketawa kat sana?” dia bertanya R’an.
            “Ehhh..kejap Yang tanyakan” R’an membuka langkah ke arah Azizul.
            “Errkk… tak perlu” Jade menarik hood sweater R’an.
            R’an ketawa kecil sambil menggeleng kepala.”Ingatkan nak tau” dia mengusik Jade.
            “Mentang-mentang semua hero dia ada sini, dia dok mengada ea?” Jade menutup kepala R’an dengan hood. R’an ketawa sambil menolak tangan Jade.
            “Sweet lah dia orang berdua” Yujeen yang sedang berjalan di tengah-tengah Burn dan Chip bersuara. Burn mengangguk kepala.
            “Mesti lah sweet. Kalau tak kami sour kan hidup dia” Chip membalas.
            “Korang ini garang lah” Yujeen menyampuk.
            “Mesti lah. Sebab bukan senang kami nak share budak kecik tu dengan Jade” jawapan Burn itu membuatkan Yujeen ketawa.

                                                     ***********************

3 comments:

MaY_LiN said...

amboi
siap buat gathering

Anonymous said...

sorry writer, all this while am only a silent reader. rarely leave a comment!!
but seriously, i love your story. the way you blend it all together. really sweet..
keep it up!

Ffil@ @naheR said...

Thank you to all :)
May Allah Bless