Thursday, March 5, 2015

Prolog Graviti


“SYUHHHH!!” Jade menutup mulut R’an yang bertocang dua dengan tangan kirinya. Jade memanjangkan lehernya dan kepalanya ke kanan dan ke kiri memerhatikan kawasan sekeliling. R’an yang sedang duduk hanya berdiam diri, Jade menarik senyuman sebelum menyandarkan tubuhnya di dinding.
            Kanak-kanak yang berusia sembilan tahun itu menyeluk tangannya ke dalam kocek seluar tiga sukunya.“Nahh..” dia menghulurkan gula-gula perisa epal kepada R’an yang sedang memandang wajahnya.
“Terima kasih..” gadis bertocang dua itu menjawab sambil tangan kecilnya mengambil gula-gula.
Kedengaran bunyi tapak kaki, lantas tangan Jade menekup mulut R’an, “syuhhh” dia berbisik perlahan. R’an mengganguk kepala dan dia menggeraskan tubuhnya.
“Juan kau jumpa sesiapa tak?” kedengaran satu suara bertanya pada seseorang bernama Juan
“Tak...” Juan menjawab.
Tidak lama kemudian kedengaran bunyi tapak kaki itu menjauhi kawasan persembunyian Jade dan R’an.
Seminit...
Dua minit...
Tiga minit...
“Jom..” Jade menarik tangan R’an dan kepalanya di jengukkan dahulu untuk memantau kawasan sekeliling sebelum dia perlahan tangan R’an di tarik. Dia dan R’an berlari sambil matanya memerhati sekeliling bagaikan singa.
“Stop” dia berbisik sebelum berhenti, R’an dibelakang hanya mengikut sahaja arahan Jade.
“Nanti..bila dah sampai tahu tak nak buat apa” Jade menyoal sambil tubuhnya menghadap R’an. Gadis itu mengangguk kepala, kedua tocang yang di ikat kemas turut ikut berhayun.
“Kejap..” Jade menarik pin rambut gadis itu dan rambut yang terjuntai di dahi di pin semula. “Okey.. let’s go” dia menarik tangan gadis itu dan mereka berlari selaju yang mungkin.
“Okey .. susun” Jade bersuara sambil tangannya dan tangan kecil R’an menyusun laju tin F&N yang berwarna-warni itu.
“Cepat...” Jade menyusun sambil matanya meliar ke kanan dan ke kiri. Tiba-tiba sebiji bola melayang ke arah R’an yang sedang menyusun tin F&N dan dengan pantas Jade menarik R’an agar bola itu tidak terkena pada gadis itu.
“Yeaaaa !!” R’an menjerit sambil mengangkat kedua tangan.
Yesszaaaa.. good girl” Jade menjerit kecil sambil tangannya mengusap kepala R’an yang sedang menarik senyuman. R’an berusia empat tahun itu mengangguk kepala apabila jejaka berusia sembilan tahun itu memuji kecekapan R’an.
“Nahh... one more for you.” Jade menghulurkan gula-gula perisa epal kepada R’an.
“Mana kau sembunyi?” Juan yang berpasangan dengan Fauzi menyoal.
“Adalah...” Jade menjungkit kening sambil menarik senyuman yang menampakkan gigi siungnya.
“Aku cari kau merata... mana kau sembunyi?” sekali lagi Juan menyoal dengan perasaan tidak puas hati.
“Ha.. ha.. ha... mana boleh cakap” Jade ketawa.
“Sembunyi mana tadi R’an?” Fauzi mnyoal R’an yang sedang duduk di atas tanah.
“Tak boleh cakap. Nanti Jade kalah” R’an menjawab sambil matanya mencari wajah Jade yang sedang mengangguk kepala solah-olah mengiayakan kata-kata R’an.
“Alaaa...” Juan dan Fauzi mengeluh geram.
“Kan aku dah cakap.. Jade pasti akan menang selagi dia tag team dengan si Yang” kedengaran suara Azizul yang sedang berlari menuju ke arah mereka, di belakangnya kelihatan Pian, Key dan Amin.
“Yang menang tahu..” R’an bersuara teruja dan terus tangan kecilnya memeluk Azizul.
Good job..” Azizul mengusap kepala adiknya, tangan adiknya di gengam dan kakinya melangkah ke arah Jade dan rakan-rakan yang lain.
“Yangggggggg!!” kedengar seorang budak laki yang berusia empat tahun menjerit. Di sebelahnya kelihatan dua orang budak lelaki lagi.
“Chip!! Ajin!! Burn!!” R’an menjerit sambil melambai tangan. Gadis itu berpaling dan matanya memandang Azizul yang sedang mengangguk sambil tersenyum.
“Jangan main jauh-jauh okey..” Azizul berpesan sebelum gadis itu berlari ke arah tiga orang hero yang sedang menantinya di buaian.
“Jom kita main bola..” Juan belari untuk mengambil bola yang terletak di tepi himpunan tin F&N yang berwarna-warni. Jade memandang R’an yang sedang ketawa bersama Chip, Ajin dan Burn.
*********************
Seminggu selepas
KENAPA" kena pergi?”gadis yang bertoncang dua itu menyoal, Jade hanya memandang lantai sambil mengeluh perlahan.
            “Cakap lah dengan orang kenapa kena pergi?” Air mata mula mengalir di pipi gadis itu.
            “Yang” Azizul mengusap kepala R’an yang sedang menagis.
            “Along.. along cakap lah dengan dia tak payah pergi. Nanti tak ada orang nak bagi Yang gula-gula,” R’an memandang Azizul dengan mata yang berair.
            “Umi dengan Walid Jade kena pergi jauh.” Azizul memujuk kanak-kanak berusia empat tahun itu.
“Suruh tinggal dengan kita lah Along. Mak boleh jaga betul tak?” Gadis itu bersuara sambil matanya memandang Puan Zaryn yang sedang berdiri di pintu.
            Puan Nazirah yang sedang berdiri di pintu pagar menahan air mata apabila matanya melihat gadis berusia empat tahun yang sedang menagis di hadapan anaknya. Tangannya menggengam erat kamera yang digunakan untuk mengambil gambar kenangan bersama Puan Zaryn tadi.
            “Jade, jom sayang.” Puan Nazirah memanggil anak bongsunya yang masih membisu di hadapan R’an. Perlahan Jade memusingkan badannya lalu dia melangkah lemah ke arah Puan Nazirah yang sedang tersenyum hambar.
            “Ryn, tolong tengok-tengokkan rumah Irah ya.” Puan Nazirah menitipkan pesanan kepada Puan Zaryn. Puan Nazirah sekeluarga akan mengikut Dr.Ziyad ke Kuala Kangsar atas tuntutan tugas.
            “Insya Allah.” Puan Zaryn mengangguk. Matanya melirik kepada anak gadisnya yang sedang menagis melihat Jade yang sedang melangkah pergi.
            Puan Nazirah menggengam tangan kecil anaknya. Baru beberapa tapak kakinya melangkah ke arah kereta suaminya Jade melepaskan genggaman tangannya dan kembali ke arah R’an. Tubuh gadis itu dirangkul dan dengan pantas Jade mencium bibir R’an.
            Puan Nazirah, Puan Zaryn dan Azizul tergamam sesaat. Dr.Ziyad ternganga manakala Puan Nazirah terus menekan butang kameranya.
*Klik*
            “Raihan Nasuha, nanti aku balik. Aku kahwin dengan kau. Ingat tau!!” Jade menjerit sambil berlari ke kereta walidnya.
            Azizul yang berusia tiga belas tahun itu ketawa kecil sambil menggeleng kepala. Puan Zaryn terkedu sebelum menarik senyuman dan Puan Narizah juga menarik senyuman sebelum melangkah ke kereta. Perlahan kereta milik Dr.Ziyad bergerak meninggalkan rumah Puan Zaryn.
***********************

            

4 comments:

kak na said...

R'an......cmner nk sebut
Kecik lg da pandai janji....hehe suka citer ni

kak na said...

R'an......cmner nk sebut
Kecik lg da pandai janji....hehe suka citer ni

Ffil@ @naheR said...

Sebutan R'an=Rian :)

Terima kasih Kak Na.. :)

MaY_LiN said...

o-o
r'an
jade

kena ikatla ni