Sunday, October 5, 2014

Salam Aidil Adha....

“Buuurrrnnn...” Azim Najmi memanggil kuat.
“Emmm..yaa” Asadu’llah membalas.
“Esok kau pakai baju warna apa?” Azim Najmi menyoal sambil tangannya membelek buluh lemang yang sedang dibakar.
“Merah..”
“Serious ??” Azim Najmi bersuara tidak percaya.
“Kenapa?” Assadu’llah membuat wajah pelik.
“Kau tak takut kena kejar?”
“Kena kejar??” Asadu’llah menjungkit kening.
“Kena kejar dengan apa?” dia menyambung dengan riak wajah yang pelik.
“Kena kejar lembu laa weyyyyy !!” Azim Najmi bersuara tanpa riak.
“Hutakkkk kau laaa der... Kau mendoa apa...lagi pun lembu itu dah kena tambat kot!!” Asadu’llah bersuara sambil tangannya melempar buluh kosong yang hendak di isi dengan beras pulut.
“Mana nak tau kot-kot lembu itu nak bercinta dengan kau ..” Syafir Zarif menyampuk sambil tangannya membawa sebesen santan kelapa yang pekat.
“Wey .. kau rasa muka aku ada nampak macam lembu apa??” Asadu’llah bersuara geram tanganna mencapai satu lagi buluh kosong dan dilemparkan ke arah Syafie Zarif.
“Isshhhh budak-budak ini, aku suruh korang masak lemang bukan main lempar-lempar buluh!!” Raihan Nasuha menjerit dari dapur.
“Errrkkk .. korang jangan buat dia mengamuk wey ... kang esok semua tak beraya..” Syafie Zarif bersuara
“Jangan ingat aku tak dengar!! Esok bukan lembu yang tumbang tapi korang yang aku korbankan !!” Raihan Nasuha melaung dari dapur.
“Yes boss !!” tiga suara menjawab serentak.
“Ganas si R’an sejak mengandung wey... “ Azim Najmi merunggut perlahan.
“Aha.. kang tak pasal-pasal kita kena gantikan lembu dan kambing...” Asadu’llah menyambung.
“Okey apa makan daging manusia sekali-sekala” Syafie Zarif bersuara.
“Errkk.. gilaaaaaaaaaaa apa Chip !!!” Azim Najmi melempar batu kecil yang dikutip dari tanah.
“Ntah.. mentang-mentang raya korban, kau nak jadi kanibal makan manusia..” Asadu’llah menyampuk geram.

Oh yeaaa ... Salam Aidil Adha buat semua, sama-sama kita berkorban ke arah kebaikan... 


2 comments:

MaY_LiN said...

selamat hr raya aidiladha sis

Ffil@ @naheR said...

Salam Aidil Adha MaY_LiN...