Sunday, July 27, 2014

Mereka dan Malam Raya !!

Azim Najmi melangkah laju menuju ke halaman rumah, kuih bingka ubi yang masih berbaki di tangan kanannya dimasukkan ke adalam mulut. Safiya yang sedang turun tangga menuju ke dapur mengerut dahi apabila melihat Ajin yang tergesa-gesa itu.
“Apa yang kalut ini?” suara Encik Naim menegur anak bongsunya.
“Errkkk.. nak main mercun..” Azim Najmi  menarik senggih. Encik Naim menggeleng kepala, baru hendak dibuka kembali mulutnya suara orang memberi salam kedengaran jelas.
“Assalamualaikum….” Kedengaran suara korus memberi salam.
“Waalaikumsalam..” Encik Khairul dan Azim Najmi menjawab salam dengan lantang.
“Uncle…” Asadu’llah menghulurkan tangan untuk bersalam, Syafie Zarif dan Shafwan berbaris menunggu giliran.
“Patut lah aunty dengar orang mengaum rupanya Singa and the geng mengaum” Puan Aneesa menyampuk dari belakang.
“Ramai-ramai ini nak main mercun ?” Encik Naim menyoal dengan mimik muka yang pura-pura garang.
“Mana ada uncle kami nak bawa Ajin bertakbir raya..” Syafie Zarif menyampuk.
“Baguslah Chip… ini tidak Ajin ini laju dia nak bermain mercun.” Encik Naim menyindir anak bongsunya.
“Alaaa papa , tak puas beraya tak dengar bunyi mercun meletuppppppppp..” Azim Najmi meleret panjang.
“Nak dengar bunyi meletup, menembak pergi Gaza” Puan Aneesa membidas sambil tangannya mencubit paha anaknya itu.
“Yelah.. yelah… nak pergi bertakbir ini..” Azim Najmi berdiri sambil memeluk mamanya. Safiya menghulurkan songkok dan seraya itu dia bersalaman dengan suaminya yang comel itu.
“Aku nak min mercun!!” Azim Najmi bersuara geram sambil kakinya melangkah ke arah kereta yang berada di luar pagar.
“Kejap lagi lepas takbir, kita terjah padang main mercun..” Shafwan menjawab bersahaja.
“Mana sempat!!” Burn si Singa menjawab lemah.
“Apa yang tak sempat?” Chip menjungkit kening.
“Mercun laaa!!” Ajin dan Burn menjawab serentak.
“Bini aku dah ready stock dalam bonet kereta” Shafwan menarik senyuman. Syafie Zarif mengangguk laju. Azim Najmi dan Asadu’llah ber-Hi5. Safiya yang sedang berdiri di pintu rumah menggeleng kepala melihat gelagat empat sekawan. Bunyi whatsapp yang baru masuk membuatkan bibirnya tersenyum lebar.
“Kejap after hero-hero habis takbir, aku datang kutip kau dan Maira. Kita main mercun!!” –R’an-
“Yess !!!” –Maira-

“Set” jarinya membalas whatsapp group Wife of Budak-Budak Mereng”

p/s : kepada semua kawan-kawan, disini saya ingin memohon ampun dan maaf andai terkasar dan terguris perasaan semua-semua selama mem-belog. Anyhow.. Salam Aidil Fitri Minal Aidin Wal Faizin, Maaf Zahir dan Batin

2 comments:

MaY_LiN said...

smbg lg
yeay
slmt hr ry..maaf zahir batin rehan

emyliana adlin said...

Alaaa.skitnyer...nk lg
Selamat hari raya