Saturday, May 17, 2014

Bila Singa Mengaum 6

            “Emmmm” Asadu’llah berdehem perlahan. Humairah yang sedang menuang air teh ke dalam cawan mengalihkan pandangan ke arah Asadu’llah yang sedang memandangnya.
            “Lepas ini kalau nak keluar malam-malam make sure tell me.” Asadu’llah bersuara. Humairah terpegun mendengar “arahan” Asadu’llah.
            “Emm..ok..” Humairah mengangguk. Asadu’llah memandang Humairah yang sedang menyuap mee goreng.
            “Arrghhh !! Cakap lah apa-apa” hati Asadu’llah menjerit. Asadu’llah memandang Humairah buat sekian kali sebelum dia berdiri.
            “Malam nanti kita keluar sama-sama ke rumah Umi” Asadu’llah bersuara tanpa berpaling. Garfu di tangan Humairah terlepas gara-gara terkejut dengan Asadu’llah yang mennawarkan diri ke rumah Umi secara tiba-tiba. Asadu’llah menarik senyuman sambil kakinya melangkah keluar.
            “Yessss !! I make her notice me!!” dia meloncat bagaikan budak-budak yang baru dapat gula-gula.
            Kakinya menekan padel minyak dan kereta kucingnya membelah lebuh raya, bibirnya masih mengukir senyuman. Wajah Humairah yang terkejut masih terbayang dimatanya. Sengaja dia berhenti di hadapan kabinet kaca untuk melihat pantulan reaksi Humairah dan seperti diharap riak terkejut wajah Humairah membuatkan bibirnya mengukir senyuman sehingga kini.
            “Assalamualaikum..” Azim Najmin menjawab.
            “Waalaikumsalam, wey !!!’ Asadu’llah menjawab salam.
            “Yok !! apa story?” Azim Najmin menyoal sambil kakinya melangkah ke arah ward yang akan di round sebentar lagi.
            “ Nothing.. jus.. jussttttt nak cakap I Love You” Asadu’llah ketawa.
 Azim Najmin di sana menggeleng kepala “gila kau Burn.. Datang sini aku tolong syorkan the best pakar jiwa..” dia memerli dalam tawa.
                                    ________________________
Anita memandang tajam Asadu’llah yang sedang melangkah dengan senyuman lebar. Dia melangkah ke arah Asadu’llah dan dengan sengaja dia cuba merempuh bahu Asadu’llah namun malang tidak berbau, bahunya terlanggar mak cik cleaner yang tiba-tiba keluar dari mana ntah.
“Eeyyy!!!” Anita menghentak kaki geram. Asadu’llah berjalan bagaikan tidak sedar akan kewujudannya. Lantas langkahnya dilajukan.
“Hey Asad..” Anita menegur manja. Asadu’llah menjulingkan mata ke atas “bala” dia membisik perlahan.
“Hey baby, now days you sombong ok..” Anita menegur manja.
“I busy..” Asadu’llah menjawab dingin.
“Ala busy apa? I selalu nampak you boleh spend time dengan your crew.” Anita menjawab dalam sindiran,
“Looorrr you perhatikan I kenapa? Are you too free is it?” Asadu’llah bersuara tanpa  riak dan terus kakinya melangkah pergi.
“Eyyyy... Tunggu kau Asad.. tunggu !!” Anita menghentak kaki sebelum melangkah ke arah rakan-rakannya.
“Looorrr Nita,  don’t tell me that hunk tak layan you.” Lia menarik senyuman sindiran.
“Dia busy ok.” Anita jawab malas.
“Busy tapi yang pelik kenapa nampak macam kau kena reject.” Lia ketawa menyindir.
“Heyyy !!! hal I ok, tak yah nak menyibuk..”Anita membidas dalam sakit hati.
“Laa bukan menyibuk tapi saja ambil tahu.” Lia menyapu garam pada luka Anita.
                                    _________________________
Humairah yang sedang mengupas bawang memandang telefon bimbitnya yang berbunyi. “Emmm siapa pula yang nak call time-time ini?” dia merungut sebelum mengelap tangan di tuala yang tergantung di peti sejuk.
“Encik Singa” Humairah tergamam melihat nama manja Asadu’llah. “Errrkk.. tak pernah dia call aku.” Humairah bagaikan terkaku sejenak. Talian terhenti dengan sendiri, Humairah memandang telefon bimbitnya dengan pandangan yang tidak berkedip.
Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi, Humairah menelan air liur sebelum dia menjawab panggilan Encik Singanya.
“Assalamualaikum.” dia memberi salam.
“Emm, waalaikumsalam..” Asadu’llah menjawab salam.
Di sini Humairah bermain dengan hujung bajunya, di sana Asadu’llah bermain dengan spananr. Dua-dua membisu seketika.
“Buat apa?” kedua-dua mereka menyoal serentak. Humairah mengetap bibir manakala Asadu’llah menggaru kepala yang tidak gatal.
“Emm.. dah makan?” Asadu’llah menyoal setelah dua-dua mendiamkan diri untuk beberapa minit.
“Errkk.. baru nak masak.” Humairah menjawab perlahan.
“Kenapa lambat?” Asadu’llah menyoal sebaris.
“Errkk baru pukul 12.15 tengah hari..” Humairah menggaru pipi.
“Arr.. dah time makan, makan lah. Jangan biar perut kosong, nanti masuk angin.” Asadu’llah bersuara perlahan.
“Tadi sarapan berat. Lagi pun saya seorang jer.” Humairah menjawab.
“Huh.. menjawab jer kerja ..” Asadu’llah mengetap bibir.
“Errkk..” Humairah terkedu.
“Masak cepat. Aku balik makan..” dengan itu Asadu’llah memutuskan talian. Humairah terkejut, “biar betul, Encik Singa datang makan tengah hari!!!” dengan pantas dia bergerak cergas untuk siapkan makanan tengah hari untuk Encik Singanya.
Asadu’llah yang sedang menjamah makan tengah hari hasil air tangan Humairah mencuri pandang wajah Humairah yang sedang menyuap makanan dengan perlahan. Dia menarik nafas perlahan sebelum membuka bicara.
“Humairah..” dia memanggil lembut.
Humairah tersedak dan dengan laju dia mengapai gelas yang berisi air dihadapannya. “Ya ..” dia menyahut setelah reda.
“Emm.. “ Asadu’llah mengetuk meja dengan tangan kiri. “Jom dating..” dia bersuara sebaris.
Mata Humairah membulat secara tiba-tiba dia tersedu gara-gara terlalu terkejut. Asadu’llah menarik senyuman lalu ditundukkan kepalanya dan menyuap suapan terakhir. Humairah masih tersedu-sedu dan dalam masa yang sama hatinya bermain lagu rock, badannya terkaku.
Asadu’llah berdiri dan melangkah ke arah sinki, bibirnya menarik senyuman sambil tangannya membuka pili air untuk mencuci tangan dan pinggannya.
“Errr.. joking ri..ri..right.” Humairah menyoal sambil masih tersedu-sedu.
Asadu’llah menggeleng kepala sambil dia berpaling dan menyandarkan dirinya pada kabinet. “Tak , lets go out for date.” Asadu’llah menarik senyuman. Humairah memandang wajah Asadu’llah dengan penuh taksub, sedunya terhenti apabila matanya menangkap senyuman Encik Singanya.

“Pukul empat. Pukul empat jom dating. Pakai biasa-biasa sahaja ok sayang” Asadu’llah bersuara dalam senyuman. Humairah terkedu dan ternganga.

8 comments:

Anonymous said...

Singa dah start nak melese....hahaha.....

MaY_LiN said...

Weeeeee
Melting melting

mona said...

TT,mmg tebaeklah,smbg lg

Syahid zulkifli said...

Best

Anonymous said...

Waaa..... melting habis. Ehem singa dah start nak mengayat tu. sambung lagi.......

Suryati Abdul Samad said...

hahaha...

singa dah nk jinak ker Che writer?...

zarith said...

i do i love u!
and i want more!!!

Anonymous said...

Singa dah nak jadi kucing parsi. Dah mula nak menggesel dengan tuannya. Senyum sampai telinga.

Kmas