Saturday, May 24, 2014

Bila Singa Mengaum 7

“Humairah..” Asadu’llah memanggil. Humairah yang sedang mengenakan kerosang ditudung memperkemaskan tudung bawalnya secepat yang boleh.
            “Hu...” kata-kata Asadu’llah terhenti apabila matanya menangkap kelibatan Humairah. Perlahan kakinya melangkah ke arah Humairah yang sedang mengerut dahi.
            “Aiiikk kenapa dengan Encik Singa ini? Buang tebiat apa??” Humairah mengomel dalam hati.
            Tangan Asadu’llah menarik pinggang Humairah merapati dirinya. Jantung Humairah berdengup kencang. “Demmit Cik. Jantung, tolong berhenti pam laju-laju.” Humairah pinta dalam senyuap.
            “Errkk..” Humairah memejam mata dengan erat. Asadu’llah menarik senyuman melihat mata Humairah yang terpejam erat. Tangannya perlahan-lahan mengancingkan butang baju Humairah yang terbuka.
            “Siap..” Asadu’llah membisik perlahan sambil melepaskan Humairah. Humairah membuka matanya, kelihatan Asadu’llah yang sedang tersenyum.
            “Fikir apa Puan Humairah ooi?” dia menyoal dalam tawa.
            “Ta... Tak.. Takkk ada apa..” Humairah menjawab tergagap-gagap. Asadu’llah melangkah dengan senyuman manis yang terukir di bibirnya.
            “Arrghhh !! Motifffff???” Humairah menghentak kaki sambil mulutnya mengomel tujuan Asadu’llah ‘menggatal’ sebentar tadi.
            “Nak keluar ker tak ini Puan Humairah? Atau nak aku masuk and cimpung kau keluar?” Asadu’llah bersuara dari kereta.
            “Tak yah laaa...” Humairah bersuara sambil mengunci pintu secara tergesa-gesa.
            Asadu’llah menghidupkan enjin kereta dan memasukkan gear sebelum menekan minyak. Suasana dalam kereta sunyi sepi sehingga Humairah membuka mulut dan bersuara.
            “Kita nak ke mana?” Humairah menyoal, wajahnya memandang wajah Asadu’llah.
            “Honeymoon..” Asadu’llah menjawab sebaris.
            “Apa !!!!” Humairah menjerit terkejut. Asadu’llah ketawa kuat.
            “Kenapa? Tak leh ker?” Asadu’llah menyoal.
            “Errk.. bukan tak leh. Tapi tak kan nak pakai macam ini?” Humairah bermain dengan jarinya.
            “So kira boleh lah bawa honeymoon ini..” Asadu’llah memalingkan wajah dan mencari wajah Humairah.
            “Errkkk...” Humairah mengetap bibir. “Adeiiii apa hal mamat ini?” dia mengomel dalam hati. Asadu’llah ketawa dalam hati melihat wajah Humairah yang sedang berubah warna menjadi tomato.
“Jom..” Asadu’llah menjungkit kening melihat Humairah yang sedang merenung jauh.
“Haa.. Apa?” Humairah menyoal terkebil-kebil.
“Jom, kata nak honeymoon..” Asadu’llah mengusik.
“Apa??” Humairah ternganga sesaat. Asadu’llah ketawa kuat melihat wajah Humairah
yang terkejut.  
“Jom..” Asadu’llah membuka pintu Humairah. Humairah melangkah turun dan tiba-tiba dia menarik senyuman yang membuatkan Asadu’llah terpana.
Asadu’llah memerhatikan sahaja kaki Humairah yang melangkah di pasir pantai. Perlahan-lahan dia menggeleng kepala. “Aduhai Encik Hati, jangan lompat keluar tiba-tiba mau haru hidup nanti.” Asadu’llah berkelana sendiri.
Humairah ketawa melihat Asadu’llah yang sedang gigih mengemudi layang-layang di udara. “Tinggi lagi.. “ dia bersorak tanpa sedar. Asadu’llah yang sedang menarik tali layang-layang mencuri pandang pada sang isteri yang sedang ketawa.
“Mairah sini..” Asadu’llah memanggil, Humairah yang sedang bersorak melangkah ke arah Asadu’llah dan berhenti di sebelah jejaka yang kelihatang macho dengan peluh yang sedang megalir dari dahi ke leher Encik Singa. Perlahan dia menelah air liur menahan rasa di hati.
“Sini pegang tali ini...” Asadu’llah menarik Humairah dihadapannya. Sebelah tangannya memeluk pinggang Humairah manakala sebelah lagi tangannya gigih mengemudi tali layang-layang. Humairah mengangkat kepala dan matanya menatap wajah Asadu’llah yang sedang fokus pada layang-layang sedang terbang tinggi.
“Nak aku lepas ker?” Asadu’llah menyoal sambil matanya masih teracap pada layang-layang yang terbang tinggi di awan.
“Errkk..” Humairah memalingkan muka ke hadapan, matanya menangkap kelibatan ombak yang sedang membadai.
“Humairah, nak aku lepaskan kau ker?” Asadu’llah menyoal kembali. Humairah menarik nafas sebelum menjawab.
“Tak perlu..”
“Fikir masak-masak sebelum menjawab Humairah. Because once i grab i won’t let you go, come hell or high water..” Asadu’llah bersuara. Kepala Humairah terus berpaling laju, matanya menangkap mata Asadu’llah yang masih melekat pada layang-layang di dada awan yang makin berubah warna. Mata yang tajam dan berbulu mata lentik itu bagaikan mata Singa yang menggoda jiwanya.
“So kau nak aku lepaskan atau tak?” bibir merah Asadu’llah menyoal lagi.
“Tak..” Humairah menjawab, matanya masih memandang wajah Asadu’llah.
“Kau pasti?” Encik Singa menyoal lagi.
Humairah berpaling menghadap laut. Dia menarik nafas , “kalau nak pegang pastikan erat. Jangan sesekali lepaskan seb....” kata-kata Humairah terhenti apabila lengan kiri Asadu’llah melingkar erat pinggang Humairah. Ditarik badan Humairah ke dadanya sambil tangan kanannya menarik layang-layang yang masih terbang membelah awan , manakala bibirnya menguntum senyuman.
                                                _______________________
Sepanjang perjalanan kembali ke rumah, Asadu’llah dan Humairah mendiamkan diri. Humairah masih teringat akan kejadian yang berlaku sebentar tadi.
“Kita mula date nak?” Asadu’llah bersuara.
“Date?” Humairah memalingkan muka ke arah Asadu’llah.
“Ya.. setiap hari kita date..” Asadu’llah bersuara lagi.
“Huh..” Humairah memuncungkan bibir.
“No alasan ok..” Asadu’llah menjeling geram.
“Eyyy Encik Singa ini, dah mula gaya Hitler dia..” Humairah mengangguk sambil ketawa kecil. Asadu’llah mengerutkan dahinya.

“Encik Singa?? Kenapa Encik Singa?” Asadu’llah menyoal dengan kening terangkat. Soalan itu menyebabkan mulut Humairah terbuka luas.

4 comments:

MaY_LiN said...

Weeeeeeee
Da baik
Da baik
Yeah yeah
Jom date!!!

zarith said...

aaahh!!!
Burn mkn menggula...
i luv u!
next n3 peliss...

Anonymous said...

hye......ada entry tak hari ni...nak date lar.. :)

pdot finale said...

Assalamualaikum,
saya adalah salah seorang pembaca novel di blog ini. Berminat tak untuk menerbitkan novel sendiri dalam bentuk enovel, untuk dijual terus kepada pembaca?
Jika berminat sila hubungi penulis@appnovella.com untuk penjelasan lanjut