Saturday, April 26, 2014

Bila Singa Mengaum 5

Humairah memandang lantai, Asadu’llah menyandarkan tubuhnya di sofa matanya mengukur Humairah yang tertangkap ntah kali keberapa. “Sebenarnya mana kamu nak pergi Humairah? Boleh kata ini rutin kamu setiap dua atau tiga kali seminggu.” Asadu’llah menyoal dingin.
            Humairah mengira mengira jari, setiap kali tertangakp tidak pernah pula ‘Encik Singa’ di depan ini menyoal dia bagaikan penjahat. Selalu dia akan diberi ceramah atau pun akan di soal “nak ke mana Humairah?”, “dah pukul berapa ini Humairah?” namun hari ini agak berlainan dia disoal bagaikan seorang banduan.
            “Bila aku menyoal cuba kau jawab Humairah..” Asadu’llah menyoal kuat, Hmairah yang tengah mengira jari kaki tersentak, terus pipinya menjadi merah kemerahan. “Huh!! Ok, kalau kau nak diam sangat apa kata kita keluar sama-sama dan kau bawa aku ke destinasi yang selalu kau pergi waktu-waktu begini..” Asadu’llah berdiri dari sofa dan melangkah ke arah pintu utama.
            “Errkk... tak perlu lah...” Humairah mengelabah. Asadu’llah memandang tajam wajah Humairah yang mengelabah. “Aku kata sekarang !!” dia mengeluarkan aura ‘Singa’nya. Humairah melangkah dengan pasrah ke kereta yang sudah ditekan punat unlock oleh Asadu’llah.
            Baru tangannya membuka pintu penumpang, kelihatan Asadu’llah selamat duduk di sana. “Kau drive..” dia memberi arahan kepada Humairah yang menggaru kepala yang bertudung.
            “Tapi..”
            “Tak ada tapi-tapi. Aku suruh kau drive..” Asadu’llah memberi arahan. Humariah mengangguk lemah. “Pasrah jer lah apa yang jadi lepas ini..” dia bertawakal dalam hati.                                                           ____________________________
            “Kak Mairah !!!” sekumpulan kanak-kanak menjerit memanggil Humairah yang baru turun dari kereta. Asadu’llah yang berada di sisi pintu penumpang kaget melihat kanak-kanak berlari ke arah Humairah.
            “Yok !!” Humariah membuat tanda peace. Seorang-seorang dari kanak-kanak itu bersalaman dengan Humairah yang sedang tersenyum. Asadu’llah yang memerhati dari tadi terkedu seribu bahasa melihat senyuman yang terukir di bibir Humairah.
            “Ya Rabbi, cantiknya pipi dia dan senyuman dia makes it perfect.” Asadu’llah memuji dalam hati.
            Humairah berpaling dan mengukir satu senyuman yang manis kepada Asadu’llah yang sedang memerhatikan dirinya. “Terima kasih..” dia mengucapkan tanpa suara. Asadu’llah menelan air liur, dadanya memainkan lagu indie yang mempunyai skala beat yang tinggi.
            “Umi.. kenalkan Asad..” Humairah memperkenalkan Asadu’llah yang dari tadi hanya mengikut dari belakang.
            “Oooo ini lah Encik Singa yang kamu selalu cerita..” Umi Rahimah menegur. Humairah terkedu sesaat sebelum menarik senyuman sumbing.
            “Encik apa??” Asadu’llah mengerutkan dahi. “Errkkk.. tak ada apa-apa..” Humairah mengelak dari mengulangi perkataan ‘Encik Singa’.
            “Pandai dia mengelat dari memberi jawapan” satu suara gurau menyindir dari belakang. Asadu’llah berpaling dan memyuakan tangannya pada lelaki yang berkopiah dan berkain pelikat.
            “Nama walid Haji Zainal, semua di sini panggil walid. Kamu pun panggil walid dan umi juga lah.” Walid Zainal menepuk bahu Asadu’llah. Asadu’llah mengangguk kepala sebelum matanya mencari Humairah yang sedang duduk di buaian.
            Asadu’llah memerhati setiap tingkah laku Humairah dalam diam, Walid Zainal di sini menarik senyuman. “Dia memang macam itu dari dulu Asad..” Walid Zainal menegur Asadu’llah yang sedang memandang Humairah.
            “Haa !! dari dulu?” Asadu’llah kelihatan terkejut. Walid Zainal mengangguk kepala. Umi Rahimah yang sedang menatang dua cawan kopi ‘o’ menarik senyuman sebelum bersila di sisi suaminya.
            “Humairah adalah anak yatim piatu, dulu ayah dan ibu dia tinggal di rumah hujung di Taman Desa Melati.” Umi Rahimah bersuara lembut sambil tangannya meletakkan secawan kopi panas di hadapan Asadu’llah.
            “Taman Desa Melati? Saya pun tinggal di Taman Desa Melati.” Asadu’llah mencelah.
            “Umi tahu, sebab itu dia semendeng jer selalu jalan kaki ke sini.” Umi Rahimah menarik senyuman. Asadu’llah ternganga sesaat.
            “Jalan kaki? Biar benar? Dari Taman Desa Melati ke sini ambil lebih kurang 20 minit menggunakan kereta.” Asadu’llah bersuara tidak percaya.
“Alahai Asad, si Mairah mainkan kamu, kalau ikut jalan belakang dan rentas padang tak sampai tujuh – lapan minit sampai lah ke belakang rumah Umi untuk bermain dengan budak-budak itu.” Umi Rahimah ketawa kecil.
            “Oooo, patut dia rajin hilangkan diri malam-malam seminggu dua-tiga kali, rupanya dia ke rumah Umi dan Walid untuk bermain dengan budak-budak.” Asadu’llah ketawa kecil.
            Walid Zainal yang dari tadi mendiamkan diri mencelah, “Ha ha ha, biasa lah, Humairah memang macam itu, dia suka mengusik. Memang dari dalu dia macam itu, cuma lepas mak cik dan pak cik dia ambil alih tugas menjadi penjaga dia hilang ceria dan sifat mengusik dia. Cuma bila dia bertandang ke sini mula balik perangai kanak-kanak dia. Dulu masa arwah mak dan abah Humairah ada rajin mereka sekeluarga bertandang ke sini, namun sejak arwah berdua tak ada Humairah selalu ke sini secara curi-curi.”
            Asadu’llah mengangguk kepala, kopi ‘o’ yang makin suam itu diteguk perlahan. “Emmm Walid, Umi saya minta maaf, boleh saya tanya sesuatu?” Asadu’llah membuka bicara.
            “Isshh tanya lah Asad..” Walid Zainal menjawab, Umi Rahimah di sebelah mengangguk- angguk.
            “Walid dan Umi tahu kan saya sebenarnya...” Asadu’llah menelan air liur, sebelum dia mengembus nafas perlahan-lahan.
            “Suami si Humairah.. Betul kan ..” Umi Rahimah menyampuk. Asadu’llah terkejut namun kepalanya diangguk untuk mengiayakan kata-kata Umi Rahimah. “Humairah sudah ceritakan kepada kami sejak hari pertama kamu berdua bernikah.” Umi Rahimah membuka cerita.
            “Emmm.. maaf lah Walid, Umi sebab selama ini saya tak pernah datang berjumpa Walid dan Umi. Insya Allah lepas ini saya akan datang selalu itu pun kalau Walid dan Umi tak keberatan.” Asadu’llah ketawa kecil di akhir ayatnya.
            Walid Zainal ketawa dan mengangguk kepala, “kecil tapak tangan kalau Walid mampu, Stadium Bukit Jalil Walid tadahkan” Walid Zainal menjawab dalam tawa.
            Dalam perjalanan pulang ke rumah Asad’llah mencuri pandang wajah Humairah yang tersenyum sepanjang jalan, dalam diam dia berasa kagum dengan Humairah. Gadis mesteri ini yang mempunyai dinding yang tebal dan susah untuk buka mulut dan berkongsi mengenai apa-apa.
            Masih terniang di telinganya kata-kata Anita beberapa minggu yang lalu, “eeeyy, perempuan tak sedar diri, kau itu hanya kebetulan yang wujud dalam semua drama ini.” Namun tiada sebarang jawapan ataupun respon dari Humairah dan itu yang menghalang dirinya dari menghadiahkan lempangan pada pipi Anita yang ntahapapap perangainya.
                                                __________________________
            Humairah melangkah masuk ke bilik tidurnya dengan senyuman yang lebar. Lega rasanya bila dia dapat lepaskan rindu dendam terhadap budak-budak di Rumah Harapan Umi. Humairah merebahkan badannya di katilnya yang luas.
            “Mak, abah... Mairah rindu mak dan abah..” Humairah bersuara perlahan. “Mak abah jangan risau, selagi Mairah mampu, Mairah akan jaga rumah Harapan Umi” dia berbisik perlahan.
            Asadu’llah bermundar-mandir di bilik tidurnya. Sekali tengok dah macam singa dalam cerita The Lion King yang sedang berfikir tapi itu lah hakikatnya, Asadu’llah bila dia berfikir rupanya sebiji bagaikan Mufasa.
            Asadu’llah melangkah perlahan ke dapur, lampu bilik Humairah masih menyala. “Iikkk tak tidur budak ini?” Asadullah mengomel sebelum kakinya diarah ke bilik Humairah. Pintu dibuka, Asadu’llah menjengukkan kepalanya dan matanya menangkap kelibatan Humairah yang sedang tidur lena di atas katil.
            Perlahan-lahan kakinya melangkah menuju ke katil, dia berdiri seketika sambil matanya memandang wajah Humairah yang sedang terlena. “Ini rupanya isteri aku..” dia bermonolog sendiri. Humairah yang terganggu dengan cahaya lampu mula mengeliat. Asadu’llah dengan pantas berdiri menghalang cahaya lampu yang terpancar.
            Bayang-bayang Asadu’llah bagai menjadi pelindung untuk Humairah kembali lena. Gara-gara kakinya mula terasa kebas, Asadu’llah mengambil keputusan untuk baring disebelah Humairah. Asadu’llah menongkat kepalanya dan dia memandang wajah Humairah yang kemerah-merahan.
            “Cantiknya..” dia berbisik perlahan, rambut Humairah yang terjuntai di tolak ke belakang. Tanpa dia sedar akhirnya Asadu’llah terlena di sebelah Humairah yang enak dibuai mimpi.
            “Haaa !!” Humairah menutup mulut dengan telapak tangannya. Asadu’llah yang sedang lena di sisi di pandang tidak berkelip, perlahan-lahan dia menguis juntaian rambut yang menutupi mata Asadu’llah. “Panjangnya rambut dia, comel macam Simba The Lion King” Humairah berbisik sendiri.
            “Emm.. bukan aku ini pemusnah hidup kau?? Habis apa yang kau buat disini selalu?” Humairah menyoal perlahan. Asadu’llah yang sedang tidur dipandang lama sebelum dia menghela nafas dan dengan berhati-hati melangkah turun dari katil tanpa menganggu tidur Asadu’llah.
            Asadu’llah membuka kelopak mata yang dipejam dari tadi. Soalan Humairah bagai menyait tangkai hatinya. “Mungkin dulu Humairah, tapi sekarang tanpa kau segalanya bagaikan sepi dan kosong” Asadu’llah berbisik perlahan.
            Bunyi pintu bilik air yang dikuak itu membuatkan Asadu’llah terus memejamkan matanya. Humairah yang sedang mengelap rambut yang basah berjalan ke arah Asadu’llah yang masih tidur. Perlahan dia duduk di birai katil dan tangannya menyentuh bahu Asadu’llah.
            “Emmm..bangun ...” Humairah bersuara janggal. “Emm adei nak panggil macam mana?” dia mengeluh perlahan. Asadu’llah menahan senyuman.
            Humairah berdiri dan baru dia hendak melangkah tangannya di tarik dari belakang dan tidak semenah-menah dia terus jatuh terhempap ke atas Asadu’llah yang sedang menyeringai lebar. Perlahan Asadu’llah mengeratkan pelukkan terhadap Humairah yang kelihatan terkejut.
            “Errkk.. apa ini?” Humairah menyoal perlahan dengan suara mendatar.
            “Emm, boleh tak?” Asadu’llah menyoal
            Humairah mengerut dahi sambil bertanya kembali “apa yang boleh tak ini?”
            “Cium...” Asadu’llah menyebut sepatah. Pipi Humairah berubah warna menjadi merah kemerahan. Perlahan-lahan Asadu’llah menolak Humairah ke katil dan melekapkan bibirnya di dahi Humairah.
            Humairah menjadi kaget. Asadu’llah menarik senyuman sebelum mengenyit mata dan turun daripada katil.
            “Comel bila kau nampak blur-blur Puan Humairah ooii..” Asadu’llah berkata dalam ketawa sebelum melangkah keluar. Sambil kakinya melangkah ke bilik tidur ditingkat atas tangannya di letakkan di dada.

            “Sabar wahai jantung, janganlah main muzik rock dipagi hari..” Asadu’llah menitipkan pesanan khas pada si jantung.
                                                              _________________________



p/s : Entry ini panjang sikit sebab till hari selasa or rabu tak ada entry.. Ada banyak padang rumput yang nak di cabut dan di trim sebab ramai tauke lembu dah mula bising sebab stok rumput dah habis. :)

4 comments:

Anonymous said...

Wah... perhubungan dah semakin baik.... Bagussss....

Syahid zulkifli said...

Best sgt.

Anonymous said...

Sedikit demi sedikit tersingkap sudah rahsia Humairah. Burn dah mula tertawan. Singa dah mula nak mengiaauw tak jadi mengaum.....

Sambung lagi best.

Kmas

zarith said...

fine. aku dah jauh ketinggalan.. dah bab 5 pun.. beb, nk suwit part Burn pulak... =)