Monday, March 20, 2017

Missing Chapter 04

AZIZUL yang sedang duduk di bangku kayu yang menghadap ke pintu A & E[1] memandang langit yang mendung dan gelap. Jay yang sedang berdiri di bawah tiang lampu menilik Azizul yang sedang duduk di bangku panjang itu dalam diam dari jauh.
            “Kacak” dia memuji Azizul yang bermisai lentik dan berjambang style ‘fench beard’ sambil melangkah menuju ke arah Azizul.
             Gadis itu  menarik segaris senyum sendiri. Makin lama dia memandang Azizul, makin dia merasakan jejaka yang sedang duduk itu mempunyai tarikan yang menarik.
            “Hai” dia menyapa Azizul yang sedang ralit memandang langit.
            Azizul terkejut melihat Jay yang sedang berdiri di hadapannya. Sejak beberapa hari yang lalu dia asyik tringatkan Jay. Jauh di sudut hatinya, dia rindu melihat gadis bermata heterochromia[2] itu walaupun dia tidak begitu mengenali gadis itu.
            “Hai!!” Jay melambai di hadapan muka Azizul yang sedang terpaku melihatnya.
            “Ehemm!!” Azizul berdehem sambil mengangkat tangan.
            “Hai!” Azizul berkata sambil menggesotkan punggungnya ke sebelah, memberi Jay ruang untuk duduk.
            “Terima kasih” Jay mengambil tempat duduk di sebelah.
             Azizul menarik nafas, entah kenapa dia merasakan perutnya di isi dengan sekumpulan rama-rama yang sedang terbang bebas.
            “Sihat?” Jay bertanya sambil memandang wajah Azizul.
            Azizul ketawa perlahan. “Ha ha ha... patut aku yang bertanya soalan itu pada kau” Azizul berkata sambil menggeleng kepala.
            Jay di sebelah turut ketawa, “haiiiilaaa... doktor,” Jay mengusik Azizul.
            “Oh ya...” Jay menyeluk poket kot bajunya, “ini kau punya...” Jay menghulurkan segugus kunci.
            “Ahhh.. patut pun aku cari tak jumpa, ada dengan kau rupanya,” Azizul berkata sambil mengambil kunci yang dari tangan Jay.
            “Aku rasa dalam kekalutan malam hari tu, kau termasukkan kunci kau dalam sweater yang aku pakai,” Jay menjawab.
            “Kekalutan yang kau cipta untuk diri kau sendiri.” Azizul berkata bersama satu jelingan. Jay ketawa.
            “Ala... aku minta maaf. Mana aku tahu aku akan jadi macam tu?” Jay berkata sambil ketawa. Azizul menarik nafas geram.
            “Aku minta maaf okey” Jay berkata sambil bersila di atas bangku kayu, dia menghulurkan sekotak coklat Pepro kepada Azizul.
            “Terima kasih” Azizul berkata sambil menyambut kotak coklat itu.
            “Kau dah hisap rokok, dah cuba minum arak... lepas ini apa pula yang kau nak buat? Ambil dadah?” Azizul bertanya sambil membuka kotak Pepero di tangan.
            Jay ketawa, “ aku tak perlu ambil dadah... setiap hari aku ambil dadah,” dia menjawab sambil menarik senyuman hambar.
            Azizul menarik nafas, “maaf” dia berkata sepatah.
            Jay menggeleng kepala, “tak ada apa yang perlu kau minta maaf, itu hakikat.” Gadis itu memandang wajah Azizul.
            Azizul berpusing dan terpana sebentar, iris mata Jay yang berwarna hijau keemasan itu membuatkan lidahnya menjadi kelu.
            “Mata kau unik” Azizul memuji jujur.
            Muka Jay berubah menjadi merah mendengar pujian dari bibir Azizul. Memang bukan pertama kali dia dipuji kerana keunikan matanya namun pujian dari Azizul membuatkan dia tiba-tiba menjadi malu.
            “Terima kasih” dia mengungkap perlahan.
            Azizul mengalihkan matanya ke pokok yang gondol yang terletak tidak jauh dari bangunan A & E. Lama mereka berdua mendiamkan diri, satu perasaan kekok mula hadir di antara mereka berdua. Azizul berdehem memecah kesunyian yang melanda.
            “Dah selalu sangat ker kau buat kerja gila macam hari tu?” dia menyoal tanpa berpusing.
            Jay menarik senyuman, dia menggeleng kepala. “Tak.” Dia membalas.
            Azizul menarik nafas lega, “Aku nak minta sesuatu dari kau. Boleh?” Azizul bertanya.
            “Boleh” Jay menjawab sambil matanya memandang wajah Azizul.
            “Kalau kau nak buat kerja gila macam hari itu lagi... tolong... tolong telefon aku” dia berkata sambil memandang wajah Jay.
            Jay terkejut, lama dia memandang wajah Azizul. “Kenapa?” dia menyoal sepatah.
            “Kenapa?? Emmm...Entah!! Aku rasa kau perlukan bodyguard” Azizul ketawa sambil menggeleng kepala.
            Jay terdiam, dia memandang lama wajah Azizul yang sedang ketawa. Tiba-tiba telefon yang berada dalam kocek seluar Azizul berbunyi, Azizul menarik keluar telefon bimbitnya.
            “Waktu solat” dia berkata sambil mematikan jam di telefonnya.
            “Kau nak solat?” Jay bertanya. Azizul mengangguk kepala.
            Jay menarik nafas, “kau rasa tuhan wujud tak?” Jay menyoal perlahan.
            Azizul memusingkan kepalanya dengan laju, riak wajahnya kelihatan terkejut dengan soalan Jay. Lama dia memandang Jay sebelum bertanya dalam nada suara teragak-agak.
            “Kau percaya pada Allah?” dia menyoal sambil melihat Jay yang melarikan matanya kepada kakinya.
            Jay menjungkit bahu lambat-lambat, “ aku tak tahu macam mana nak jelaskan, yang aku tahu aku di lahirkan sebagai Islam, tapi cara aku membesar is complicated” dia menjawab tulus.
            Azizul mengerut dahi, “ apa yang complicated?” dia bertanya sambil kembali menyandarkan badannya ke bangku kayu.
            Jay menarik senyuman, “panjang sangat” dia menjaab sambil menggeleng kepala.
            “Tak apa... aku ada masa” Azizul menjawab sambil memandang Jay.
            “Mak aku wanita Inggeris, lahir di England dan bapa aku dari lelaki Yamen beragama Islam,” Jay berkata sambil tersenyum. Azizul mengangguk kepala.
            “Aku boleh cakap Melayu sebab pembantu rumah mak aku orang Malaysia, dia dari Pulau... Pi.. Penang” Jay mengerut dahi.
            “Pulau Pinang” Azizul membetulkan.
            “Haaa.. betul” Jay memetik jari.
            Azizul mengangguk kepala. “sambung” dia berkata pada Jay.
            “Bapa aku cakap dia Islam sebab aku pernah nampak display Quran di rak rumah aku. Bila aku tanya buku apa yang di rak, dia cakap itu Quran... buku suci agama dia.” Jay menerangkan.
            Azizul mendengar tanpa mencela.
            “Mak aku, di lahirkan sebagai Kristian tapi sebab dia sukakan bapa aku dia sanggup beralih agama. Dia kata agama bukan isu untuk dia. Agama hanya untuk ditulis di atas kertas lagipun dia tak percaya pada tuhan. She is an Atheist,” Jay menyambung sambil menarik senyuman hambar.
             “Pembantu rumah aku, Kak Lina rajin solat dan baca Quran tapi dalam bilik dia sahaja. Mak aku tak bagi aku pergi bilik Kak Lina... emmm bukan bilik juga lah, tetapi lebih kepada kuaters,” Jay menceritakan ringkas.
            “Habis kenapa kau tak belajar dari Kak Lina?” Azizul bertanya sambil memandang wajah Jay.
            “Mak dan bapa aku bercerai masa umur aku dua belas. Pembantu rumah aku berpindah... dan aku tak tahu dia ke mana, aku pula tinggal dengan mak aku.” Jay menarik nafas, tangannya memegang perut yang mula rasa tercucuk.
            “Mak aku tak percaya pada tuhan... sebab dia cakap kita tak nampak tuhan, jadi macam mana tuhan nak nampak kita.” Jay berpura-pura ketawa untuk mengatasi kesakitannya.
             “Bapa aku pula, Islam... tetapi tak pernah didik aku,” dia menjungkit bahu.
            Azizul mengangguk, dalam hati dia mula rasa kasihan pada gadis di sebelahnya.
            “Sekarang kau tinggal dengan mak kau lagi?” dia bertanya. Jay menggeleng kepala.
            “Aku tinggal sendiri, dengan pembantu rumah aku. Mak aku kaki judi, dia habiskan semua harta yang ada dan dia bunuh diri.” Jay berkata sambil mengetap bibir.
            Hatinya menjadi sakit bila terfikirkan emaknya yang tinggalkan dirinya berkeseorangan tanpa apa-apa.
            “Errkkk!!” badan Azizul terus menegak gara-gara terkejut.
            Jay menarik nafas, “dia tak tinggalkan aku dengan apa-apa kecuali rantai nenek aku... dan kerana rantai nenek aku ini lah, aku berjaya.” Jay menarik nafas.
            Azizul mengangguk kepala, “kira kau Islam tapi kau tak percaya wujudnya tuhan... Macam itu?” Azizul bertanya.
            Jay mengangguk kepala, “macam aku cakap pada kau tadi, aku membesar dengan mak aku... bagi mak aku agama hanya di atas kertas, mak aku selalu cakap kenapa kita nak sembah pada sesuatu yang tak nampak kita dan kenapa kita nak percaya pada sesuatu yang kita tak tahu kewujudan dia kan?” Jay berkata sambil mengalihkan tubuhnya menghadap Azizul.
            Azizul menarik nafas, dia menarik kakinya ke atas bangku kayu dan bersila. Jejaka itu memusingkan tubuhnya untuk menghadap Jay yang juga sedang bersila di atas bangku kayu. Azizul menyeluk kocek di baju birunya, dia menarik keluar sebatang pen biru dari koceknya.
            “Kau ada otak tak?” dia bertanya pada Jay.
            Gadis mengecilkan matanya apabila mendengar soalan Azizul.  “Kau nak cakap aku bodoh ker?” Jay bertanya dengan wajah yang masam.
            Azizul menggeleng kepala, “aku tak cakap kau bodoh... aku cuma tanya kau ada otak atau tak?” dia bertanya sambil memusingkan pen biru di jarinya.
            Jay mencemik, “adalah” dia membalas geram.
            “Macam mana kau tahu yang kau ada otak?” Azizul menjungkitkan kening.
            Jay mengerutkan dahi, “semua orang ada otak...semua orang tahu benda tu” Jay membalas.
            Azizul menggeleng kepala, “teeettt.. salah.” Azizul menarik senyuman. Jay menayang muka menyampah. “Kita tahu manusia lain ada otak, tapi adakah kita tahu kita ada otak?” Azizul menyoal sambil tersenyum.
            Jay mengetap bibir, “kan dalam buku.. dalam surat khabar, dalam televisyen semua ada menunjukkan semua manusia ada otak dan tanpa otak manusia akan mati” Jay membidas.
            Azizul ketawa sinis, “kiranya, kau tahu kau ada otak sebab buku, surat khabar, televisyen dan alternative lain lah ini?” dia bertanya. Jay mengangguk kepala.
            “Habis kenapa kau tak percaya bila ada buku tertulis mengenai Allah s.w.t? Ada sirah yang menyokong kewujudnya Allah s.w.t?” Azizul menjungkit kening. Jay mengembungkan pipinya.
            “Kau tak nampak otak dalam kepala kau tapi kau percaya adanya otak dalam kepala kau... habis kenapa kau tak percaya adanya Allah bila kau tak nampak Dia?” Azizul memandang wajah Jay. Jay membisu sambil matanya memandang tepat pada wajah Azizul.
            “Assim  Jayyana, kau pernah dengar tak pasal sifat-sifat Allah?” Azizul menyoal, Jay menggeleng kepala.
            “Ada 20 sifat-sifat wajib Allah” Azizul berkata sambil mengangkat kening.
            “Allah s.w.t bersifat Wujud. Wujud bermaksud ada. Macam aku cakap tadi, tak semestinya kau tak nampak benda itu tak wujud. Betul tak?” Azizul bertanya. Jay mengangguk kepala.
            “Allah s.w.t itu ada dan kita boleh lihat kewujudan Allah dengan tanda-tanda kekuasaanya. Contoh dia, perubahan waktu malam dan siang. Kalau tak ada sesiapa yang kawal perubahan waktu siang dan malam mungkin akan berlaku pertindihan dan haru biru. Betul tak?” Azizul menjungkit kening. Jay mengetap bibir dan perlahan dia mengangguk kepala.
            “Dan kita pun tahu, tak ada mana-mana manusia dalam dunia ini yang boleh kawal perubahan siang dan malam. Kita sebagai manusia, nafsu dan kehendak sendiri pun kita tak boleh nak kawal. Habis macam mana kita nak kawal matahari, bulan, bintang, ribut dan taufan, banjir, kemarau dan lain-lain lagi. Mesti ada sesuatu yang mengawal semua benda yang berlaku di sekeliling kita. Ini sendiri membuktikan bahawa wujudnya Tuhan, sebab tak ada siapa selain dari Allah s.w.t yang boleh mengawal segalanya,” Azizul berkata sambil matanya memandang mata unik Jay.
            “Qidam, ialah salah satu sifat Allah s.w.t. Qidam, maksud dia, adalah yang paling awal dalam hidup kita dan yang paling akhir. Allah s.w.t bersifat Qidam, Dia yang paling awal dalam hidup kita dan Dia yang paling akhir dalam hidup kita.” Azizul menarik buku nota yang sentiasa berada dalam koceknya dan menulis perkataan Wujud dan Qidam.
            “Dalam Quran surah Al-Hadid ayat ketiga ada tertulis bawah, DIA (Allah s.w.t) lah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” Azizul berkata sambil menjungkit kening. Jay mendengar sambil mengigit jarinya.
            “Kita manusia... perlu mengkaji, perlu mencari tetapi Allah s.w.t dah tahu mengenai apa yang kita tidak ketahui. Contoh, kita baru hari ini tahu mengenai Teori Big Bang yang dikaji oleh Albert Einstein, tapi Allah s.w.t dah terangkan mengenai peristiwa Big Bang itu dalam Al-Quran, seribu tahun yang lalu kepada seorang lelaki yang buta huruf” Azizul bercerita.
            Jay mengigit bibir menahan kesakitan namun penerangan Azizul yang menarik perhatiannya membuatkan dia nekad untuk menahan kesakitannya.
            “Lagi?” Jay menongkat dagu dengan tangannya kirinya manakala tangan kanannya memegang perutnya.
            “Baqa’... Allah itu Baqa`. Maksudnya sifat Allah s.w.t itu kekal. Allah tidak akan hilang dan tidak akan musnah. Contoh lah., kalau Allah itu boleh dilihat, boleh disentuh mesti apabila berlaku apa-apa kejadian yang tak diinginiseperti bencana alam... mesti Allah s.w.t akan musnah, Dia akan rosak. Betul tak?” Azizul berkata sambil memandang Jay.
            “Betul lah” Jay menjawab bersama satu anggukan kecil.
            “Tapi bila sifat Allah itu kekal dan bila Allah itu tidak dinampak dan tidak menampakan kita tahu bahawa Allah itu kekal, Allah itu ada di sekeliling kita, datang apa jua badai melanda Allah s.w.t tetap wujud, utuh dan terpelihara. Kalau Tuhan kita pecah atau rosak adakah ia layak di panggil Tuhan? Mesti tak kan,” Azizul menyambung.
            “Emm ... macam itu,” Jay mengangguk kepala bagaikan sedang mencerna kata-kata Azizul.
            “Lagi?” Jay bertanya dengan dengan nada teruja.
            “Allah s.w.t ini tak serupa dengan apa-apa yang ada di alam ini. Sifat Allah yang ini di panggil Mukhalafatu lil hawadits, maksudnya tidak menyerupai sesuatu.” Azizul menyambung.
             “Kalau Allah boleh dilihat, pastilah ramai manusia yang membuat pelbagai avatar untuk memperlihatakan rupa Allah s.w.t. Contohnya, seperti ada yang tambah rambut panjang, ada yang tambah tahi lalat dan seumpamanya. Kau rasa kalau kau yang lukiskan tuhan, kau percaya tak yang lukisan kau itu tuhan yang kau sembah?” Azizul bertanya pada Jay yang sedang khusyuk mendengar.
            “Tak!!’ Jay menjawab pantas.
            “Sebab itu Allah s.w.t tak menyerupai apa-apa dan Allah s.w.t tak dinampakkan” Azizul berkata sambil tersenyum manis.
            “Waaahhhh... menariknya” Jay berkata teruja, walaupun tangannya memegang perut yang terasa makin mencucuk namun dia gigihkan dirinya untuk mendengar penjelasan Azizul.
            “Allah s.w.t adalah Qiyamuhu Binafsihi. Allah s.w.t tidak bersandar pada apa-apa dan tiada Tuhan selain dari Allah. Dia satu-satunya dan tiada dua atau tiga” Azizul berkata sambil memandang wajah Jay.
            “Kenapa macam itu?” Jay mengerut dahi.
            “Emmm.. macam ini, kita manusia dan kita sentiasa memerlukan tempat bersandar. Kalau kita sedih kita perlukan sesuatu untuk get over it. Betul tak?” Azizul bertanya. Jay mengangguk kepala.
            “Allah s.w.t adalah Qiyamuhu Binafsihi, Dia tidak perlu apa-apa untuk bersandar Dia hendak hambanya meminta daripadanya. Mana boleh tuhan bersandar pada sesuatu yang lain. Itu menunjukkan tuhan itu tak berkuasa dan tuhan itu perlukan pertolongan dari yang lain. Kita sebagai manusia yang kena pertolongan dari Tuhan bukan sebaliknya,” Azizul berjeda panjang lebar.
            “Dan Allah juga Wahdaniyyah, iaitu tunggal. Dia tiada dua atau pun tiga. Bila Dia tiada dua atau tiga maka Allah itu sifatnya sangat jelas sebagai Qiyamuhu Binafsihi” Azizul menerangkan.
            Jay yang sedang duduk di hadapannya menayang muka kagum namun Azizul yang sedang memandangnya menggeleng kepala.
            “Kenapa?” Jay bertanya, tangan kanannya memegang erat perutnya yang mula mencucuk-cucuk.
            Sedaya upayah, Jay cuba belagak seolah-olah tenang. Dia tidak hendak Azizul berhenti menceritakan tentang tuhan kerana cerita Azizul mengenai sifat-sifat tuhan itu menarik perhatiannya dan membuatkan dadanya berdengup kencang.
            “Kalau kau sakit... kau cakap kau sakit. Lagi-lagi bila dengan aku. Jangan nak main hide and seek” Azizul berkata sambil berdiri, dia menyuakan pen birunya pada Jay.
            “Jom” dia mengajak Jay yang memegang hujung pen birunya.
            Jay melangkah di belakang Azizul. Dalam diam dia menilik Azizul dari belakang. Entah kenapa, Jay menarik segaris senyuman, senyuman yang membuatkan wajahnya yang sakit kelihatan berseri. Lama sudah senyuman seumpama ini hilang dari wajahnya. Jay menggengam erat hujung pen biru bagaikan memegang sesuatu yang berharga.


[1]A & E : Accident and Emergency
[2] Heterochromia : perbezaan warna iris, mempunyai dua warna atau lebih.